Monyet 3.9's Trip

Greeting Text
*Rumet suruh taip cerita ini*

Sabtu (22/7/2017)
2.30 petang.
 Larkin

Ama : Kau kat mana? Aku kat dalam, kau masuk dalam.

Bj : Okay okay

Beberapa minit kemudian
Bj : Kau kat mana? Aku dekat hotlink

Ama : Aku dekat tempat ada org nyanyi ni, kau dengar tak suara orang orang nyanyi. Kau datang sini, aku tunggu dekat sini.

Bj : Kejap aku pergi

Ama : Okay ……. Ha aku dah nampak kau

*Call ended*

Pukul 3.30 petang baru kiteorang naik bas . Seriously 4 jam weh duduk dalam bas, firstly aku fikir memang tidur je. Tapi lama lama tidur, tulang belakang rasa mcm nak reput kot. 😞 Sakit badan, rasa lama sangat nak sampai. Asek tersedar je dari tidur. Nasib baik time tersedar kali terakhir dah sampai KL dah. Hari pun dah malam. Sampai je TBS, aku dgn bj cari tandas dulu haha 😊*Its normal right* Then aku call rumet lagi seorang , Nabilah. Just nak inform lah kiteorang dah sampai. Agaknya pukul 9 kot kiteorang gerak dari TBS . First sekali mesti pergi makan dulu. Agak lah 4 jam dalam bas, dengan tambah lagi 1 jam mana tak lapar. Tapi masalahnya orangnya tiga je tapi order makanan mcm nak makan 5 orang. Mostly nasi jelah yang habis, lauknya tak habis. Banyak kot. Tak expect pulak datangnya begitu banyak.😐 Lepastu, kiteorang pergi I-city. Tujuan utama nak masuk I city sebab nak pergi snow walk je. And unfortunately it was not like what expected. Semua ice je actually and seriously takda snow langsung.😒 Cuma feeling feeling luar negara je lah dalam tu, pakai jacket, sejuk beku, acah acah menggigil . Acah acah gelongsor atas ais tapi apa salahnya kan create memories. Lepastu , singgah ke house of horror . Jadah weh semua hantu dia patung je ,😑 tapi at first nak taknak masuk punya kena paksa mcm nak mati. Merayu rayu bagai. Ko ingat monyet monyet aku tu kisah ke, dorang tetap nak masuk. Lepastu bila dah masuk, menyesal eh hahaha. Last sekali main game Disco Ride. Sumpah best , bukan best lah sebenarnya cuma mencabar kot. Memang menyeramkan, sebab dia berputar putar and then memang rasa nak tercampak. Tapi aku memang suka benda yang seram seram mcm ni. Masa tengok orang lain naik disco ride ni, rasa mcm terpukau. Berdiri tegak je serious time tu memang rasa nak naik. And finally dapat jugak. Nasib baik rumets saya semua tiada alah alah dengan benda yang berputar putar , so kiteorang totally having fun je. Budak sebelah aku, dia menjerit jerit . Aku taktahu nak bagi reaksi apa, nak menjerit pun serba salah sebab dia dah tolong jeritkan untuk aku. Kesian lah jugak dekat dia, dia takut sangat then dia menangis lepastu nak muntah. Kawan dia cakap “tu lah kau nak naik sangat kan” . Hm tulah akak. Don’t judge a book by its cover. Ceh 😝 *Ada kena mengena tak?* Haha. Keluar dari I city memang plan nak balik bangi, Taktahu pulak tetiba TERmasuk simpang ke one city. Nabilah memang nak bawak kiteorang pergi sini, dia kata cantik. Then serious memang cantik πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ One thing u guys don’t know about me , Aku memang suka tengok view view mcm tu. Tak kira lah alam semulajadi ke, tak ke. Tapi aku memang suka. Boleh dikira part of my life lah. Sebab kau akan rasa something mcm kau appreciate dengan apa yg ada depan mata kau time tu, sekaligus kau appreciate ciptaan Allah *About alam semulajadi* And seriously kiteorang forgot nak amik gambar berbackgroundkan view yang cantik tu T.T Pukul 2 lebih baru kiteorang sampai rumah. Mandi pe semua almost pukul 3 lah kot baru tidur.πŸ˜ͺ

Besoknya, rumah Nabilah ada buat majlis sempena dorang satu family nak menunaikan haji , alang alang tu dorang buat open house sekali. Terjumpa kawan kawan matrik lama, amik gambar semua. Melantak lagi. Malam tu, kiteorang pergi ioi bangi main bowling and tengok wayang! 😁 Last main bowling rasanya form 3 ke form 2 mcm tu . *Tiba tiba tengah taip ni , ada bunyi something dekat siling . Emmmmm. Tikus kot. Mungkin. Bersangka baik* 😟Akak tak power mcm korang main bowling sampai markah 3 ratus lebih tu, akak beshe beshe je. Tapi dalam hati akak hebat jugak ni, sebab akak lead antara dorang. Hahaha acah. Wayang start pukul 11.50. Habis main bowling almost pukul 10. Serious weh kiteorang menapak duduk depan wayang sebab kan nak tunggu 11.50. 😭Ingat tak ramai orang, sekali ramai juga yg tengok wayang midnight. Kiteorang tengok movie Baby driver. Part yang kelakarnya , okay ni rumet aku memang suruh gila aku taip kat sini. Aku duduk tengah, so Nabilah kiri aku, Bj kanan aku. Lepastu aku yang tengah ni kena lah pegang popcorn an. Okay aku pegang popcorn, tiba tiba keluar satu scene mengejutkan. Aku taktahu ah bagi korang, bagi aku mengejut ah tu yang sampai tercampak popcorn dekat Nabilah. Hahaha πŸ˜†πŸ˜ˆ*Dapat bayangkan tak?* Nabilah kata “tiba tiba ada effect 3D eh” Haha. Aku pun speechless, memang tangan tu tak sengaja bergerak. Aku tercampak ke atas tau, ke atas ke belah kiri aku. Nasib baik bukan ke belakang, tak nye kene bahan dgn org belakang nanti. Dan masa yang sama, hari je lain. Pukul 2 lebih jugak baru kiteorang sampai rumah. Haha . Tiga tiga acah nak balik awal, sekali pukul 2 jugak.

24/7/17
Firstly kena pergi beli tiket dulu, so kiteorang pergi Stesen bas Kajang, and then beli tiket balik Jb pukul 4. Mula mula berlagak, sempat ni sempat punya nak sampai Tbs sebelum 4. Sekali pukul 5 baru sampai Tbs. 😞 Kau rasa driver tu nak tunggu? Takda makna. Antara reasons kiteorang lambat, πŸ‘‰ kiteorang pergi Mid Valley semata mata nak makan, and singgah rumah Nabilah sebab dia ada nak bagi barang, and then amik member dia. Kiteorang sampai mid pun dah 3 lebih, lagi nak makan lagi. Haha rushing habis semuanya. πŸ˜• Dengan Nabilah bawak kereta mcm nak meninggal. Asek ingatkan je wei ingat ko P wei. Tapi dia kisah apa haha ye ah sebab nak sampai Tbs cepat en. Dengan langgarnya lampu isyarat, pengalaman yang sangat mencabar kot. *Yeke guna perkataan mencabar?* Apa apa words lah yg korang nak, dah banyak sangat perkataan dalam otak ni. Dengan part yang dia taknak ulang balik roundboard , lagi rasa eiii. Tak dapat nak gambarkan kat korang cane, nanti korang tak faham. πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™Š Haha Kiteorang naik train dari Kajang pergi tbs, sebab dari bangi pergi tbs , lebih kurang setengah jam. Sekali menunggu nya train sampai almost setengah jam, memang rasa time tu dah sampai agaknya kat tbs tu. Sampai tbs , terus beli tiket baru. Tapi malang jugak, bas delayed! Hahaha what the h*** 😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠 Dah lah penat ni. Terpaksa tunggu dengan muka yang barai. Dah tak mampu nak membebel lagi time tu. Dalam bas, memang aku ngan bj berharap utk tidur je ah. Bas baru gerak, kiteorang dah tutup mata hahaha. πŸ˜€πŸ˜ Memang penat sangat ke eh , entahlah nak. Pukul 9 baru sampai Jb, Yeay home sweet home. Serious kiteorang ada plan nak pergi lagi tapi nanti kot, bila dah sambung belajar ke, tengah cuti sem ke en. Baru rasa rindu rindu sikit gitu. πŸ’•πŸ˜† Sepatutnya kiteorang berempat, tapi em Anna tak dapat join. Tak sangka trip ni jadi jugak, even ada dua kali mcm tu cancel. Tapi Nabilah excited sangat, jadi aku pun okay jelah. Sedih jugak 3 hari cepat sangat berlalu. Gonna miss them em πŸ˜œπŸ˜’πŸ˜’πŸ’“πŸ’‹




Lighting teruk. Baek akak tukang amik gambar (Snow walk cangat) 😩


Tahu comel. Hahaha 😁😁😁


Bila ada org cuba nak masuk dalam gambar jugak


Okay part ni aku comel, tak nampak sangat lah muka barai. *Walaupun kecik*


Terserempak dengan choki. Pakai baju melayu eh haha πŸ˜‚


Acah haha . Bj kata "Γ„ku tak mengaku kawan" 😢


Ikut kehendak Bj nak amik gambar dengan Kungfu Panda 😴



The view gais. Cantik teruk gais πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“


Sky park orang kata? #Hmishouldwearsneakers πŸ˜‘


Tidur jap




Nasib baik saya comel πŸ’—


Hari last. Muka barai, tudung tak betul, Nasib ko lah



*Kalau  ada typo , let me know k?* J

Glad to come back

Greeting Text



Finally the matric life is over. Sekarang mereput duduk kat rumah taktahu nak buat apa. Punya lah beria nak habiskan matrik awal awal , last last belum sampai seminggu kat rumah dah whatsapp group praktikum “weh bosan” T.T. The things that I only do , tengok tv, makan, baca wattpad, kemas bilik. Tak habis habis repeat je semua tu. Dah lama tak update blog, suddenly teringat ada blog *kononnya untuk melepaskan rasa kebosanan yang melanda*acah acah  nak tukar template, nak tukar lagu kat blog pun dah tak pandai. Nak kene tengok tutorial dekat blog orang lain -.-  Padahal dulu ko lah paling pro bab bab ni, sampai bukak order untuk edit blog. Dulu lah kan. Tu dulu. Zaman zaman blogger. Em macam lah banyak sangat nak kene ingat sampai semua dah tak tahu. Em banyak kot haha kk. Kadang kadang rindu juga life dekat matric, waking up mengadap muka tiga ekor monyet (rumets) yang tak habis habis selsema setiap pagi. Dalam hati fikir *aku ni tak normal ke* bila dah lama dengan dorang, okay lah baru memahami , dorang memang mcm tu kot. Ada lah jugak bergaduh gaduh manja takda sampai tahap gaduh taknak kawan semua. Kami sangat chill chill teh tarik. Ramai orang kata matrik susah , tak dapat nak ngam nanti. Betul lah jugak sebenarnya. Memang susah kalau kau tak follow dia punya RAMES. Taktahu lah ada ke tak student yang berjaya follow dia punya RAMES sebab aku pernah cuba tapi biasalah. Janji Melayu. Nak kata assignment , of kos lah assignment berlambak. Ko nak pegang phone pun tak sempat. Nak scroll scroll Instagram, takde masa nya. Tapi kiteorang satu bilik selalu gak beli barang online hahaha. *acah acah takde masa* .  Tapi serious ah rasanya ah, aku selalu kalau bangun pagi ada lah jugak on data check phone mana tahu class cancel en. Pernah sekali , aku terlupa nak check phone , kelas pertama pukul 8. Beria ni datang kelas awal, sekali kosong eh. Bunyi angin jelah yang kirim salam. Check phone, dah bertukar tempat. Tu lah padah tak check phone pagi pagi. *Adik adik semua yg nak masuk matrik, jangan lupa benda penting ni CHECK PHONE ANDA SETIAP PAGI* Ramai orang kata juga matrik ni peraturan dia ketat , and macam sekolah. Nak kata macam sekolah tu, taktahu lah nak. Takdelah pulak rasa mcm sekolah, kalau peraturan ketat tu yelah kot. Agak ketat lah jugak, semua takleh ini takleh itu takleh. Mungkin untuk keselamatan kot em. Waktu waktu nak exam lagi mencabar, dengan banyaknya subjek nak kene cover. Menyesal tak belajar awal awal, haha. Lecturer selalu pesan start ulangkaji awal, tapi tak buat buat jugak. Tak menyempat nak buat, assignment bergunung. *Ke sebab aku yang banyak tangguh* Haha. Lecturer selalu cakap gini “Hari pembalasan dah nak tiba” haha. Taktahu lah orang lain terasa ke tak, ke aku sorang je yang terasa. Dulu aku dgn geng ayam ayam selalu duduk depan dalam dewan kuliah, tapi sejak tempat kami kene curi, kiteorang dah duduk belakang. Rasanya dah nak last last row. Susah gak ah kalau ko nak focus apa yg lecturer ajar kat depan bila duduk situ. Memang ko akan menyembang punya dengan budak sebelah ko *mcm ada pengalaman ni* Kawan kawan aku yang bukan belajar kat matrik, selalu tanya ramai tak lelaki handsome. Sejujurnya kalau kau tanya perempuan lain pun, dia akan cakap, memang ramai. Tapi sedarlah bahawa yang handsome itu selalunya boyfriend orang ataupun dorang taknak pun kat ko. Hahaha. Taktahu lah nak buat apa dengan cuti ni, yang berbaki 3 bulan lagi. Nak kerja tapi tak decide lagi. Payah. K lah gerak lu, nak tanya pasal matrik, pape roger. Jangan tanya pasal cerita cerita hantu yang korang baca kat blog mana mana, sebab aku sendiri pun taktahu betul ke tak. Aku selalu je ada stay up dekat blok yg lain, then pukul 2/3/4 atau subuh baru aku balik blok aku , Alhamdulillah takde Nampak lah semua benda benda tu. Walaupun time tu, kaki sangat berat nak melangkah, tapi terpaksa jugak. Yelah sebab nak tidur en. Korang boleh baca jelah kat twitter tu kalau nak tahu lebih lanjut. Aku rasa ada banyak kat twitter. Aku pun tak terbaca apa yang dorang tweet. Hehe . K babai.