Glad to come back

Greeting Text



Finally the matric life is over. Sekarang mereput duduk kat rumah taktahu nak buat apa. Punya lah beria nak habiskan matrik awal awal , last last belum sampai seminggu kat rumah dah whatsapp group praktikum “weh bosan” T.T. The things that I only do , tengok tv, makan, baca wattpad, kemas bilik. Tak habis habis repeat je semua tu. Dah lama tak update blog, suddenly teringat ada blog *kononnya untuk melepaskan rasa kebosanan yang melanda*acah acah  nak tukar template, nak tukar lagu kat blog pun dah tak pandai. Nak kene tengok tutorial dekat blog orang lain -.-  Padahal dulu ko lah paling pro bab bab ni, sampai bukak order untuk edit blog. Dulu lah kan. Tu dulu. Zaman zaman blogger. Em macam lah banyak sangat nak kene ingat sampai semua dah tak tahu. Em banyak kot haha kk. Kadang kadang rindu juga life dekat matric, waking up mengadap muka tiga ekor monyet (rumets) yang tak habis habis selsema setiap pagi. Dalam hati fikir *aku ni tak normal ke* bila dah lama dengan dorang, okay lah baru memahami , dorang memang mcm tu kot. Ada lah jugak bergaduh gaduh manja takda sampai tahap gaduh taknak kawan semua. Kami sangat chill chill teh tarik. Ramai orang kata matrik susah , tak dapat nak ngam nanti. Betul lah jugak sebenarnya. Memang susah kalau kau tak follow dia punya RAMES. Taktahu lah ada ke tak student yang berjaya follow dia punya RAMES sebab aku pernah cuba tapi biasalah. Janji Melayu. Nak kata assignment , of kos lah assignment berlambak. Ko nak pegang phone pun tak sempat. Nak scroll scroll Instagram, takde masa nya. Tapi kiteorang satu bilik selalu gak beli barang online hahaha. *acah acah takde masa* .  Tapi serious ah rasanya ah, aku selalu kalau bangun pagi ada lah jugak on data check phone mana tahu class cancel en. Pernah sekali , aku terlupa nak check phone , kelas pertama pukul 8. Beria ni datang kelas awal, sekali kosong eh. Bunyi angin jelah yang kirim salam. Check phone, dah bertukar tempat. Tu lah padah tak check phone pagi pagi. *Adik adik semua yg nak masuk matrik, jangan lupa benda penting ni CHECK PHONE ANDA SETIAP PAGI* Ramai orang kata juga matrik ni peraturan dia ketat , and macam sekolah. Nak kata macam sekolah tu, taktahu lah nak. Takdelah pulak rasa mcm sekolah, kalau peraturan ketat tu yelah kot. Agak ketat lah jugak, semua takleh ini takleh itu takleh. Mungkin untuk keselamatan kot em. Waktu waktu nak exam lagi mencabar, dengan banyaknya subjek nak kene cover. Menyesal tak belajar awal awal, haha. Lecturer selalu pesan start ulangkaji awal, tapi tak buat buat jugak. Tak menyempat nak buat, assignment bergunung. *Ke sebab aku yang banyak tangguh* Haha. Lecturer selalu cakap gini “Hari pembalasan dah nak tiba” haha. Taktahu lah orang lain terasa ke tak, ke aku sorang je yang terasa. Dulu aku dgn geng ayam ayam selalu duduk depan dalam dewan kuliah, tapi sejak tempat kami kene curi, kiteorang dah duduk belakang. Rasanya dah nak last last row. Susah gak ah kalau ko nak focus apa yg lecturer ajar kat depan bila duduk situ. Memang ko akan menyembang punya dengan budak sebelah ko *mcm ada pengalaman ni* Kawan kawan aku yang bukan belajar kat matrik, selalu tanya ramai tak lelaki handsome. Sejujurnya kalau kau tanya perempuan lain pun, dia akan cakap, memang ramai. Tapi sedarlah bahawa yang handsome itu selalunya boyfriend orang ataupun dorang taknak pun kat ko. Hahaha. Taktahu lah nak buat apa dengan cuti ni, yang berbaki 3 bulan lagi. Nak kerja tapi tak decide lagi. Payah. K lah gerak lu, nak tanya pasal matrik, pape roger. Jangan tanya pasal cerita cerita hantu yang korang baca kat blog mana mana, sebab aku sendiri pun taktahu betul ke tak. Aku selalu je ada stay up dekat blok yg lain, then pukul 2/3/4 atau subuh baru aku balik blok aku , Alhamdulillah takde Nampak lah semua benda benda tu. Walaupun time tu, kaki sangat berat nak melangkah, tapi terpaksa jugak. Yelah sebab nak tidur en. Korang boleh baca jelah kat twitter tu kalau nak tahu lebih lanjut. Aku rasa ada banyak kat twitter. Aku pun tak terbaca apa yang dorang tweet. Hehe . K babai. 

No comments:

Post a Comment